Nipah Guesthouse Pangkor

Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kawasan kampung yang damai menjadikan ianya lokasi yang sempurna untuk anda mendapatkan ketenangan fikiran.
Dengan memilih guesthouse ini sebagai tempat penginapan, anda dapat menginap di dalam kabin yang cukup selesa. Bangun dari tidur pula, anda boleh menikmati pelbagai hidangan yang disediakan seperti roti bakar, telur, sosej, penkek, buah-buahan segar dan banyak lagi. Minuman seperti kopi dan teh pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu!
Dah puas bersantai, anda boleh terjun ke dalam kolam renangnya yang cukup luas atau sekadar bersantai menikmati angin segar di taman yang berlanskap indah.
Mengenai kedudukannya pula, Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang cukup menarik, hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Teluk Nipah dan 10 minit dari Coral Beach.
Comments
Post a Comment