Pukat Tarik Sumber: WE LOVE PANGKOR Pukat tarik adalah antara aktiviti yang terkenal di Pangkor. Sekiranya anda bercuti beramai-ramai sama ada bersama keluarga atau sahabat handai, pukat tarik boleh dijadikan salah satu aktiviti yang mesti dicuba! Caranya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kru bot untuk melemparkan pukat, pukat ini kemudiannya boleh ditarik oleh sekurang-kurangnya 6 orang dari kawasan pantai untuk mendapatkan hasil laut sebanyak mana yang mungkin. Berminat untuk melakukan aktiviti ni? Anda boleh mengaturnya dengan pihak penginapan. Untuk pengetahuan anda, aktiviti ini sering dilakukan di kawasan pantai sekitar Pasir Bogak dan Teluk Nipah sebanyak 3 kali sehari, dan ini juga bergantung kepada pasang surut air.
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Pulau Jarak Sumber: suaraperak.com Terletak dalam sekitar 64 km dari Pulau Pangkor di tengah-tengah lautan Selat Melaka, Pulau Jarak adalah sebuah pulau yang terkenal dengan aktiviti memancing. Perairan di sekitar pulau yang hanyalah bersaiz 8 hektar ini cukup kaya dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan tuna, ikan alu-alu dan banyak lagi. Untuk menuju ke sini dari Pulau Pangkor, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot dari Pasir Bogak dengan caj yang bermula dari RM300. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Jarak adalah dalam sekitar 2 jam bergantung kepada kelajuan bot.
- Get link
- X
- Other Apps
Masjid Terapung Pulau Pangkor Sumber: Dukun Petai Bukan di Terengganu je yang ada masjid terapung, di Pulau Pangkor pun ada! Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor. Dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor atau nama lainnya Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak. Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016. Datanglah ke sini untuk menghayati hasil seni islamik yang masih segar lagi di masjid ini.
- Get link
- X
- Other Apps
Nipah Guesthouse Pangkor Sumber: nipah guesthouse pangkor Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kawasan kampung yang damai menjadikan ianya lokasi yang sempurna untuk anda mendapatkan ketenangan fikiran. Dengan memilih guesthouse ini sebagai tempat penginapan, anda dapat menginap di dalam kabin yang cukup selesa. Bangun dari tidur pula, anda boleh menikmati pelbagai hidangan yang disediakan seperti roti bakar, telur, sosej, penkek, buah-buahan segar dan banyak lagi. Minuman seperti kopi dan teh pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu! Dah puas bersantai, anda boleh terjun ke dalam kolam renangnya yang cukup luas atau sekadar bersantai menikmati angin segar di taman yang berlanskap indah. Mengenai kedudukannya pula, Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang cukup menarik, hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Teluk Nipah dan 10 minit dari Coral Beach.
- Get link
- X
- Other Apps
Teksi Merah Jambu Sumber: Hasan Kasmuri Kalau di Melaka ada beca yang dihias dengan penuh warna-warni, di Pulau Pangkor pula terdapat pengangkutan teksi yang berwarna merah jambu. Teksi van ini sentiasa tersedia sepanjang hari untuk memudahkan para pelancong meneroka sekitar Pulau Pangkor. Lengkap dengan 10 buah tempat duduk, tak perlulah risau sekiranya anda datang bercuti beramai-ramai. Namun begitu, teksi di pulau ini tidak dilengkapi dengan meter. Untuk lebih selamat, anda perlu tanya terlebih dahulu jumlah caj yang dikenakan untuk ke destinasi.