Teksi Merah Jambu

Teksi Merah Jambu Pangkor
Sumber: Hasan Kasmuri
Kalau di Melaka ada beca yang dihias dengan penuh warna-warni, di Pulau Pangkor pula terdapat pengangkutan teksi yang berwarna merah jambu. Teksi van ini sentiasa tersedia sepanjang hari untuk memudahkan para pelancong meneroka sekitar Pulau Pangkor.
Lengkap dengan 10 buah tempat duduk, tak perlulah risau sekiranya anda datang bercuti beramai-ramai. Namun begitu, teksi di pulau ini tidak dilengkapi dengan meter. Untuk lebih selamat, anda perlu tanya terlebih dahulu jumlah caj yang dikenakan untuk ke destinasi.

Comments

Popular posts from this blog