Pukat Tarik

Pukat tarik adalah antara aktiviti yang terkenal di Pangkor. Sekiranya anda bercuti beramai-ramai sama ada bersama keluarga atau sahabat handai, pukat tarik boleh dijadikan salah satu aktiviti yang mesti dicuba!
Caranya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kru bot untuk melemparkan pukat, pukat ini kemudiannya boleh ditarik oleh sekurang-kurangnya 6 orang dari kawasan pantai untuk mendapatkan hasil laut sebanyak mana yang mungkin.
Berminat untuk melakukan aktiviti ni? Anda boleh mengaturnya dengan pihak penginapan. Untuk pengetahuan anda, aktiviti ini sering dilakukan di kawasan pantai sekitar Pasir Bogak dan Teluk Nipah sebanyak 3 kali sehari, dan ini juga bergantung kepada pasang surut air.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete